My Add

Saturday 13 October 2012

Kabinet pembangkang bukti kronisme

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Kabinet bayangan pembangkang bukan sahaja menjadi bukti kegagalan pakatan itu dalam melaksanakan penyertaan seimbang dari semua wilayah tetapi memperlihatkan amalan kronisme dan nepotisme.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih teruk pembangkang sanggup mempertahankan kronisme serta nepotisme yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka, Nurul Izzah.

Pada masa sama, beliau berkata, sikap berdolak-dalik pembangkang yang enggan mengakui senarai Kabinet bayangan tersebut walaupun didedahkan oleh pemimpin mereka sendiri menunjukkan pakatan itu mahu mengelirukan rakyat.

"Kabinet bayangan itu boleh dipertikaikan dari pelbagai sudut kerana bukan sahaja tiada penyertaan menyeluruh membabitkan semua wilayah tetapi sampai melibatkan penyertaan anak-beranak (kronisme dan nepotisme).

"Mereka selalu mendakwa kita mengamalkan kronisme dan nepotisme tetapi apabila kena pada mereka, pembangkang sanggup pertahan amalan kronisme dan nepotisme ini," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kesemua presiden parti komponen BN. - UTUSAN

Mengulas lanjut, Najib berkata, dalam sesebuah negara demokrasi, Kabinet bayangan perlu dilaksanakan oleh pembangkang bagi membolehkan rakyat membuat penilaian tetapi pakatan itu takut untuk mengumumkan secara rasmi kerana sedar keadaan itu tidak membawa keuntungan politik kepada mereka.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengakui beliau ada bertemu dengan George Soros dua tahun lalu di New York, Amerika Syarikat selepas penyangak mata wang berketurunan Yahudi tersebut memohon untuk bertemu.

"Ya, saya mengakui ada pertemuan selepas Soros memohon untuk bertemu tetapi bukan dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan atau meminta dana asing.

"Saya hanya memenuhi jemputan selepas Soros mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tidak lebih sekadar perjumpaan biasa antara dua pihak," katanya.

No comments:

Post a Comment