My Add

Sunday 7 October 2012

Kerajaan DAP diselar minta maklumat peribadi

BUKIT MERTAJAM, SABTU, 06 Oktober, 2012; Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa tidak ikhlas dalam membantu murid-murid sekolah kerana meminta maklumat peribadi ibu bapa dan penjaga sebelum meluluskan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar tahun satu dan empat serta tingkatan satu dan empat.

Tindakan itu seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi berikutan kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan maklumat daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan bukannya ibu bapa atau penjaga murid berkenaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya memberikan syarat seperti itu kepada ibu bapa sebelum bantuan tersebut dikeluarkan.

"Tindakan mereka itu seperti ada udang di sebalik batu dan ia seperti mempunyai kepentingan politik mereka semata-mata, kerana kalau benar-benar ikhlas beri sajalah duit RM100 itu kepada pelajar yang layak," katanya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment