My Add

Monday 15 October 2012

Kerajaan kutip hasil RM185.42b tahun lalu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Kerajaan Persekutuan berjaya mengutip hasil sebanyak RM185.42 bilion pada tahun lalu dan kutipan itu merupakan peningkatan sejumlah RM25.77 bilion (16.1 peratus) berbanding RM159.65 bilion tahun 2010.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, peningkatan itu adalah hasil daripada kenaikan harga petroleum mentah dunia, perkembangan ekonomi domestik yang kukuh serta aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Selain itu katanya, hasil kutipan LHDN pada tahun lalu juga meningkat iaitu sebanyak 26.7 peratus berbanding tahun 2010.

"Pada tahun lalu LHDN berjaya mengutip hasil sebanyak RM109.61 dan jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 26.7 peratus berbanding 2010," katanya dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment