My Add

Monday 15 October 2012

Tujuh ditembak mati di timur Filipina

MANILA, ISNIN, 15 Oktober, 2012: (Filipina): Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati tujuh orang di sebuah rumah di timur ibu negara Filipina yang kemungkinan dikaitkan dengan pengedaran dadah.

Ketua Polis Bandar Rodriquez, Donato Bait, hari ini berkata pemilik rumah berkenaan bersama isteri dan lima mangsa yang lain mengalami tembakan di kepala. 

Beliau berkata, pemilik rumah berkenaan sebelum ini pernah dipenjara atas kesalahan memiliki dadah.

Bait berkata, sekumpulan lelaki bersenjata itu memecah masuk rumah mangsa jam 1 pagi, tetapi gagal membunuh dua lagi anak mangsa yang berusia 10 dan 13 tahun.

Kedua-dua mereka berjaya menyelamatkan diri. - AP

No comments:

Post a Comment