My Add

Thursday 11 October 2012

Kerajaan lancar MyHijau promosi produk mesra alam

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini melancarkan Label MyHijau iaitu satu logo kebangsaan bagi mempromosikan barangan dan perkhidmatan mesra alam.

Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, program itu adalah usaha kerajaan dalam menambahbaik inisiatif pelabelan alam sekitar sedia ada dengan menyelaras semua inisiatif berkaitan di bawah Program Pelabelan MyHijau.

"Selaras dengan matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara, usaha ini bertujuan menggalakkan pengeluar tempatan menghasilkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang berdaya saing dengan mengambil kira aspek alam sekitar bagi memenuhi permintaan tempatan dan global," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, produk dan perkhidmatan Label MyHijau itu merangkumi barangan elektrik, makanan dan minuman, bahan binaan, produk isi rumah, alat tulis dan peralatan pejabat, perabot dan bahan pembungkusan.

Tambahnya, logo itu akan memudahkan pengguna mengenal pasti dan memilih produk dan perkhidmatan hijau berdasarkan penunjuk "alam sekitar" dan seterusnya berbelanja dengan lebih bertanggungjawab dengan mengambil kira impak terhadap alam sekitar. - BH

No comments:

Post a Comment