My Add

Thursday 11 October 2012

IGEM2012 main peranan tawar peluang perniagaan menguntungkan: PM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Oktober, 2012:: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Pameran dan Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko (IGEM2012) yang memasuki penganjuran tahun ketiga memainkan peranan utama dalam menawarkan peluang perniagaan dan penyelesaian komersial teknologi hijau yang menguntungkan.

"Dalam masa sama, ia mencetuskan pertukaran idea yang dinamik mengenai bagaimana teknologi hijau boleh menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia ke tahap lebih tinggi.

"Berdasarkan hasil yang memberansangkan sejak dianjurkan selama tiga tahun berturut-turut bermula pada 2010, saya percaya Malaysia bakal menjadi pusat teknologi hijau di rantau ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Tahunan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko ke-3(IGEM2012) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Timbalannya, Datuk Noriah Kasnon.

IGEM2012 anjuran KeTTHA dengan kerjasama Malaysian Green Purchasing Network (IGPN) dan Green Purchasing Network Malaysia (GPNM) itu bertemakan "Teknologi Hijau untuk Pembangunan".

Penganjuran yang bermatlamat mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang mapan dan lestari itu memberi tumpuan kepada lapan sektor iaitu Bangunan, Produk dan Perkhidmatan Eko, Tenaga, Pembiayaan Hijau, Teknologi Maklumat, Pembuatan, Pengangkutan serta Pengurusan Sisa dan Air. - BH

No comments:

Post a Comment