My Add

Tuesday 16 October 2012

Kerajaan tidak pernah pinggirkan nelayan: Noh Omar

KANGAR, SELASA, 16 Oktober, 2012: Kerajaan tidak pernah meminggir nelayan dan mereka masih menerima elaun sara hidup RM200 sebulan sekalipun langkah itu sepatutnya berakhir pada 2010.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pemberian elaun yang diperkenal pada 2008 itu juga bukan janji pilihan raya, sebaliknya usaha kerajaan untuk meringankan beban golongan terbabit.

"Kerajaan melaksanakan perkara ini selepas pilihan raya umum 2008 dan ini bukan janji pilihan raya, sedangkan pembangkang yang menjanjikan pelbagai bantuan tidak banyak yang dapat ditunaikan," katanya berucap pada majlis penyerahan elaun sara hidup kepada 600 nelayan Perlis Selatan, dekat sini, malam tadi.

Sementara itu, dalam lawatan sehari ke Perlis, Noh mengadakan pertemuan dengan pesawah dan menyampaikan bantuan berjumlah RM4 juta kepada pesawah di Perlis yang diancam "padi angin" serta melawat rumah pam Bukit Kedak dekat sini.

Rumah pam bernilai RM7 juta itu berfungsi mengalirkan air dari empangan Timah Tasoh ke Kampung Semadong sejauh 13 kilometer bagi membolehkan 120 hektar sawah di kawasan berkenaan dapat ditanam padi dua kali setahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment