My Add

Tuesday 16 October 2012

NGO buat laporan polis siasat SUARAM

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Oktober, 2012:: Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) hari ini mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan segera terhadap Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan menghalang kemasukan dua peguam asing untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai isu kapal selam Scorpene.

Presidennya, Dzulkarnain Taib, berkata ini menunjukkan sikap angkuh SUARAM untuk terus berusaha membawa dua peguam Perancis,William Bourdon dan Joseph Breham mencampuri urusan dalaman negara walaupun laporan polis sudah dibuat terhadap tiga pemimpin pembangkang berhubung perkara yang sama, 5 Oktober lalu. 

"Dengan membawa masuk dua peguam asing, ia adalah satu tindakan yang jelas membiarkan pihak luar mencampuri urusan negara," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengarah Eksekutif SUARAM, Cyntia Gabriel di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Dzulkarnain berkata, kenyataan yang disiarkan di Harah Daily itu antara lain menyebut bahawa SUARAM tetap akan membawa masuk dua peguam berkenaan ke Malaysia dalam masa terdekat. - BH

No comments:

Post a Comment