My Add

Wednesday 17 October 2012

Kes Mat Sabu terbuka

PULAU PINANG, SELASA, 16 Oktober, 2012: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa keputusan untuk mendakwa Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu kerana memfitnah anggota polis dan keluarga mereka dalam kejadian serangan di Balai Polis Bukit Kepong, adalah terletak pada budi bicara Peguam Negara.

Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim berhujah, Peguam Negara mempunyai budi bicara mutlak untuk memutuskan kes yang akan didakwa dan mahkamah tidak boleh menyemak keputusan itu.

Beliau berkata demikian sebagai hujah balas berhubung permohonan Mohamad agar Utusan Malaysia turut dikenakan tindakan kerana menyiarkan kenyataan fitnah jenayah seperti mana tuduhan yang dihadapi olehnya.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin, memohon kepada mahkamah untuk menolak kes yang dihadapinya dengan alasan tuduhan tersebut bertentangan dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment