My Add

Wednesday 17 October 2012

Musa Hasan tarik balik saman

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Oktober, 2012: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menarik semula saman fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung insiden mata lebam pada 1998.

Dengan penarikan balik saman itu, kes tersebut yang sepatutnya mula dibicarakan d Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan bekas pegawai tinggi polis itu memberi keterangan, dibatalkan.

Musa selaku plaintif memfailkan tuntutan saman itu pada 21 Julai 2008 berhubung laporan polis yang dibuat oleh Anwar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 1 Julai tahun sama yang didakwa mengandungi pernyataan berbaur fitnah.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laporan polisnya mendakwa Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialaminya semasa menjadi tahanan polis pada 1998. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment