My Add

Friday 19 October 2012

Khalid didesak jelaskan hubungan dengan Ah Chye

  Chan Ah Chye, Mohamad Johari
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak memberi penjelasan tentang hubungan istimewa beliau dengan Talam Corporation Bhd. (Talam) dan Pengerusinya, Tan Sri Chan Ah Chye.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Mohamad Johari Yasin berkata, penjelasan tersebut perlu dibuat kerana beberapa tindak tanduk Abdul Khalid mustahil dapat dilakukan tanpa pertimbangan istimewa.

“Transaksi pembelian tanah-tanah itu cukup menimbulkan keraguan munasabah. Bagaimana hartanah yang dinilai sebanyak RM95 juta dibayar pada harga RM391.986 juta?

“Apa istimewanya Ah Chye kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kalau tiada hubungan istimewa, perkara itu tidak akan berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment