My Add

Friday 19 October 2012

SPR minta Pas kemuka alamat pemilih yang diragui

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Yang Dipertua Pas Selayang, Zaidi Abdul Talib mengemukakan senarai 12,296 orang pemilih yang didakwanya mempunyai alamat mencurigakan.

SPR dalam kenyataannya berkata, sehingga suku tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer mempunyai seramai 48,372 orang pemilih berdaftar.

Daripada jumlah itu, terdapat 18,009 orang pemilih yang alamatnya tidak lengkap dan hanya dicatatkan nombor rumah sahaja.

"Pada masa itu, keperluan alamat hanya untuk dilengkapkan pada borang permohonan bagi membantu SPR menentukan lokasi pemilih.

"Tiada keperluan bagi SPR untuk merekodkan alamat lengkap dalam pangkalan data SPR, hanya selepas 16 Julai lalu barulah SPR merekodkan alamat sepenuhnya berdasarkan alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika proses pendaftaran dijalankan,'' kata SPR. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment