My Add

Saturday 13 October 2012

Kit Siang: DAP sekular tapi bukan anti-Islam


SHAH ALAM, SABTU, 13 Oktober, 2012: DAP menegaskan walaupun parti tersebut mengamalkan konsep sekular, namun tidak sesekali bersikap anti-Islam.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, sepanjang 46 tahun sejarah parti tersebut, DAP secara konsisten mengatakan Malaysia adalah sebuah negara demokratik, berbilang kaum, sekular dan mempunyai pelbagai agama dengan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi bukan sebuah negara Islam.

Menurutnya, dakwaan beberapa pemimpin yang mengaitkan DAP dengan menuduh parti ini cuba menjadikan ‘Malaysia sebuah negara Kristian’ adalah tidak berasas dan cubaan untuk merosakkan keharmonian negara.

"Adakah mungkin hanya selepas 46 tahun, DAP cuba menubuhkan sebuah negara Kristian apabila tiada pemimpin parti atau dokumen polisi berkata mengenainya?

“Hanya orang yang bodoh atau tidak jujur yang mempercayai dakwaan ini,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian,  hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut menyeru rakyat supaya tidak termakan dengan dakwaan seperti ini dan menunjukkan bantahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Atas sebab yang sama, media arus perdana dan sosial yang turut menyebarkan dakwaan ini sama-sama bodoh dan tidak jujur,” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mendakwa terdapat doa yang memohon agar negara ini menjadi negara Kristian selepas DAP memperoleh kemenangan di beberapa kerusi selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lalu.

Ekoran dari dakwaan ini, pelbagai peringkat pemimpin DAP menafikan ada menganjurkan doa sedemikian.

No comments:

Post a Comment