My Add

Thursday 11 October 2012

Kontraktor dipenjara sehari, didenda RM10,000 kerana rasuah

IPOH. KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Seorang kontraktor hari ini dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan rasuah, Mac lalu.

Mahkamah turut memerintahkan Mok Thin Meng, 47, dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit. Dia membayar denda itu. 

Mok didakwa secara rasuah memberi suapan wang tunai RM1,000 kepada Penolong Pengarah Tanah dan Galian, Bahagian Penguatkuasa dan Teknikal, Pejabat Tanah dan Galian Perak, Mohamed Nazrein Mohamad Salleh sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang kerana menduduki tanah kerajaan secara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Hentian Rehat dan Rawat Padang Tamat, Pengkalan Hulu pada jam 12.05 tengah hari, 2 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat menurut Sekyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.

Tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A Hafizh Abu Bakar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment