My Add

Thursday 11 October 2012

196,014 orang sudah dapatkan bantuan AKPK

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Sebanyak 68 peratus individu yang telah mendapatkan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) terdiri daripada mereka yang mempunyai pendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata 196,014 individu telah mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling kredit daripada AKPK sehingga Ogos lepas.

Profil individu berkenaan menunjukkan 57 peratus daripada mereka berusia bawah 40 tahun, 67 peratus adalah lelaki, 32 peratus dari sektor swasta, 48 peratus bekerja sendiri dan lapan peratus merupakan penjawat awam.

Menjawab soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) di Dewan Rakyat hari ini, Awang Adek berkata 77,994 telah dibantu melalui program pengurusan kredit AKPK yang membolehkan pinjaman mereka dijadual semula bagi mengelak daripada diisytihar muflis oleh mahkamah.

"Seramai 2,316 orang berjaya sepenuhnya dan dikeluarkan daripada program itu melibatkan jumlah hutang RM72.5 juta," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment