Oleh AIN SAFRE BIDIN
BAGAN DATOH, SABTU, 20 Oktober, 2012: Kontraktor yang melaksanakan pembinaan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) sepatutnya bersikap bertanggungjawab memastikan projek itu dilakukan mengikut spesifikasi dan memperbaiki setiap kelemahan tanpa melibatkan kerajaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya tidak sesekali berkompromi terhadap kontraktor yang bersikap sambil lewa sehingga menjejaskan hasrat murni kerajaan membina rumah kepada golongan tentera.
Beliau berkata, pihak kementerian sudah menyuarakan bantahan berhubung masalah tersebut kepada pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk tindakan lanjut.
''Perlu diketahui, kementerian tidak bersekongkol dengan pihak kontraktor terbabit, malah kita telah mengemukakan rasa tidak puas hati kita kepada CIDB," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 35 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha bagi Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment