My Add

Sunday 21 October 2012

Pak Lah puji penubuhan jawatankuasa khas

KEPALA BATAS, SABTU, 20 Oktober, 2012: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi memuji langkah yang diambil Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membentuk jawatankuasa khas bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap ahli yang mensabotaj parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, ia merupakan langkah terbaik dan sudah semestinya langkah seumpama itu penting bagi mengukuhkan parti dan Barisan Nasional (BN) kerana setiap ahli parti harus patuh dan menunjukkan taat setia mereka.

"Malah apabila sampai masa untuk menghadapi pilihan raya, tentu sekali kita berharap semua ahli parti akan setia kepada UMNO dan BN," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan bagi Parlimen Kepala Batas di Kampung Bakau Tua dekat Kuala Muda di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang, Raja Khalid Raja Ariffin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Abdullah diminta mengulas kenyataan Najib yang juga Perdana Menteri berhubung penubuhan jawatankuasa itu bagi mengambil tindakan segera terhadap ahli yang mensabotaj parti dan calon BN pada pilihan raya umum.

Perdana Menteri mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO semalam.

Antara bentuk kesalahan yang akan diperhalusi jawatankuasa tersebut termasuklah menyokong parti lawan, menghasut untuk menentang parti dan menyalah guna wang peruntukan pilihan raya manakala antara tindakan yang boleh dikenakan ialah digantung keahlian atau dipecat daripada parti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment