My Add

Wednesday 24 October 2012

KP1M bantu pusat kebajikan

 *Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) bersama Duta Malaysia ke Jordan, Datuk
 Abdul Malek Abdul Aziz (dua dari kiri) memeriksa sendiri kambing-kambing
yang akan dibeli untuk majlis Korban Perdana, di pinggir bandar raya Amman,
 Jordan, semalam.
AMMAN, SELASA, 23 Oktober, 2012: Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) hari ini menyerahkan wang tunai RM31,000 dan 200 kotak makanan kepada pusat kebajikan yang dikenali sebagai Markas Aitam di Jamiah Qariah dekat sini.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pusat tersebut mengendalikan kira-kira 300 anak yatim dari Syria, 600 keluarga ibu tunggal dari Jordan dan 300 keluarga ibu tunggal dari Syria.

Menurut beliau, pusat kebajikan persendirian itu memerlukan dana antara RM129,000 dan RM172,000 sebulan untuk membiayai semua kos operasi.

"Setakat ini mereka bergantung dengan sumbangan daripada orang persendirian untuk menampung kos operasi. Sehubungan itu, KP1M turut menyalurkan dana tambahan dari Malaysia untuk pusat tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment