My Add

Saturday 6 October 2012

KP1M teruskan misi ke Syria 16 Oktober

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Selepas Myanmar, Pasukan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan meneruskan misi sama ke Syria bermula 16 hingga 30 Oktober ini.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, seramai 56 sukarelawan daripada pasukan itu akan berlepas ke Jordan sebelum mengagihkan bantuan kepada 44,000 rakyat Syria di empat kem pelarian dekat sempadan Syria-Jordan.

Kem-kem berkenaan yang jaraknya kira-kira 30 kilometer hingga 150 kilometer dari pintu sempadan Syria yang sedang bergolak itu terletak di Irbid, Al Matraq, Az Zarqa' dan Amman.

"Irbid sahaja jaraknya kira-kira 25 kilometer dari pintu sempadan Syria.

"Pasukan pendahulu misi dijadual berlepas 16 Oktober ini untuk meninjau dan merekodkan bentuk bantuan yang diperlukan. Namun dengan kedatangan musim sejuk tidak lama lagi, kami akan memberi tumpuan kepada penghantaran bekalan selimut, tilam dan alat-alat perubatan untuk golongan wanita dan kanak-kanak," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

No comments:

Post a Comment