My Add

Saturday 6 October 2012

PKNS terima 200 lagi tuntutan ambil alih hutang

SHAH ALAM, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Seramai 200 lagi pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkumpul bagi menuntut supaya perbadanan tersebut mengambil alih hutang rumah mereka yang berjumlah RM12 juta daripada pihak bank.

Kesemua mereka yang merupakan penduduk dari Kampung Lindungan dan Desa Mentari, Petaling Jaya berkumpul dan mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat PKNS Laman Seri, Seksyen 13 di sini bagi menuntut perkara tersebut.

Dalam demonstrasi itu juga, penduduk turut menyerahkan surat tuntutan mengambil alih hutang kepada Pengurus Komunikasi dan Korporat PKNS, Ishak Hashim kira-kira pukul 11 pagi.

Seorang wakil penduduk dari Pangsapuri Desa Mentari, Ishak Maarof berkata, pihaknya membuat tuntutan itu berikutan tindakan PKNS yang sanggup membeli hutang Talam Corporation Bhd. (Talam), sebanyak RM392 juta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment