My Add

Sunday 21 October 2012

KPDNKK bantu peserta jualan bersepadu

PETALING JAYA, AHAD, 21 Oktober, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membantu syarikat yang menyertai program Jualan Bersepadu 1Malaysia mempromosi produk dan perkhidmatan mereka di media elektronik dan media cetak.

Timbalan menteri berkenaan, Datuk Rohani Abd. Karim berkata, kos promosi dan pengiklanan akan diserap oleh pihak kementerian bagi meningkatkan jualan.

"Selain itu, sektor peruncitan yang menyertai program ini juga dikecualikan daripada Notis Jualan Murah daripada KPDNKK,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program itu di sebuah pusat membeli belah di sini hri ini.

Beliau berkata program yang berlangsung sejak 3 September hingga 9 November itu merupakan kesinambungan kepada program yang pertama kali dilancarkan di Suria KLCC, pada Jun 2011.

Katanya, pada tahun lepas program itu mencatatkan jualan keseluruhan RM7.5 bilion. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment