My Add

Wednesday 3 October 2012

Lebih 17,000 DVD cetak rompak, lucah dirampas di Subang Jaya

SUBANG JAYA, RABU, 03 Okrober, 2012: Lebih 17,000 cakera padat digital (DVD) bernilai RM200,000 dirampas manakala dua lelaki ditahan dalam serbuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Selangor ke atas empat premis perniagaan dan tiga stor simpanan di sebuah kompleks beli-belah di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN Selangor, Noor Aziah Abdullah, berkata dalam serbuan bermula 3 petang tadi, pihaknya merampas 11,000 DVD tidak memiliki sijil perakuan B dan 6,000 DVD lucah.

"Serbuan turut menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an dan 20-an yang dipercayai menjadi penjaga premis untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Penapisan Filem 2002 bagi pengedaran DVD yang tidak miliki sijil perakuan B yang sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM30,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 kerana menjual DVD lucah yang boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak kurang tiga tahun atau kedua-dua sekali.

"Operasi ini yang turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan dua badan bukan kerajaan (NGO) hasil daripada aduan dan maklumat orang ramai," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment