My Add

Saturday 27 October 2012

Lebih 20 firma antarabangsa sertai agex 2012

LABUAN, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Lebih 200 peserta tempatan dan antarabangsa 2012) akan mengambil bahagian pada Ekspo Minyak dan Gas ASEAN (AGEX 2012) ketiga di Labuan, yang merupakan peningkatan 10 peratus berbanding tahun lepas.

Sekurang-kurangnya 22 syarikat minyak dan gas nasional dan antarabangsa serta penggiat utama sektor itu termasuk Halliburton Energy, Labuan Shipyard Engineering Sdn. Bhd., Labuan Liberty Port Management Sdn. Bhd. dan Petronas, juga turut serta.

Acara yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November itu dijangka dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Zainal Abidin Abdullah.

Pengarah Urusan Fireworks Event (M) Sdn. Bhd., Jerel Soo berkata, faktor ekonomi di Amerika Utara dan Eropah sejak tahun-tahun kebelakangan ini menyebabkan penganjur persidangan dan pameran memberi tumpuan kepada Asia.

"Taklimat mengenai destinasi akan diadakan sekali lagi tahun ini. Senarai berbeza pembeli akan dijemput, manakala ahli perniagaan yang terlibat dalam persidangan dan pameran dari negara Asia akan memberi taklimat," katanya.

Dua persidangan akan berlangsung serentak - 'Membangunkan Labuan sebagai Hab Logistik Minyak dan Gas' dan 'Perspektif Borneo ke atas Industri Marin, Minyak dan Gas Dunia'.

AGEX 2012 dijangka menjana jualan sebanyak AS$100 juta (RM300 juta), berbanding kira-kira AS$80 juta (RM160 juta) tahun lepas, dan menarik seramai 6,000 pengunjung. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment