My Add

Saturday 27 October 2012

120,000 orang kunjungi Homedec

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Penganjur Pameran Hiasan Rumah (Home Decoration Exhibition (HOMEDEC)) menjangka lebih 120,000 pelawat mengunjungi bahagian pertama dan kedua pameran itu.

Presiden CIS Network Sdn. Bhd., Vincent Lim berkata, sambutan terhadap pameran itu begitu hangat setakat ini dengan kira-kira 60,000 pengunjung bagi bahagian pertama minggu lepas, manakala bahagian kedua pameran itu bermula semalam hingga esok.

"Pameran ini menampilkan profil pempamer yang sama sekali berbeza, dengan tema 'Furnish+Decorate'. Ia disasarkan khas kepada pencinta rumah untuk menghias, menambah baik dan menggayakan rumah mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ganjaran tunai kepada lapan pengunjung bertuah ke pameran-pameran yang diadakan sebelumnya tahun ini.

Bahagian kedua HOMEDEC, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, akan juga menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 setiap hari kepada pengunjung bertuah sempena 10 tahun kejayaan pameran itu.

HOMEDEC diadakan buat kali pertamanya di Kuala Lumpur pada 2003 dan sejak itu telah melebarkan sayapnya ke Pulau Pinang, Johor Baharu dan Sabah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment