My Add

Thursday 11 October 2012

Lelaki dikehendaki kerana menyamun berjaya diberkas

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
RANTAU PANJANG, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini memberkas seorang lelaki yang dikehendaki kerana menyamun dan melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi ini, lelaki berusia 22 tahun dan mempunyai lebih 20 rekod jenayah itu dikesan oleh anggota pasukan berkenaan di kawasan bebas cukai berhampiran pintu masuk sempadan selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.

Pegawai Pemerintah Batalion 7, Supritendan Norizan Murad berkata, selepas mengekori suspek kira-kira 100 meter sehingga di depan sebuah pasar raya di bandar ini, anggota pasukan berkenaan berjaya memintas suspek yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dicuri di Jalan Tun H. S. Lee, Kuala Lumpur.

"Hasil pemeriksaan kita menemui satu paket syabu dan dua biji pil Eramin 5 pada suspek ini di samping dia mempunyai 13 rekod jenayah, dua kes dadah dan 11 kes curi kenderaan.

"Suspek telah menukar nombor plat kenderaan ini daripada nombor asalnya WXC 230 kepada WWG 7886, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan di antara suspek yang berasal dari Kuala Lumpur dengan anggota-anggita kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment