My Add

Tuesday 23 October 2012

Lelaki maut dalam kemalangan babitkan tiga kenderaan di Kuantan

KUANTAN, SELASA, 23 Oktoberr, 2012: Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Kilometer 12 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Balok di sini, hari ini.

Muhammad Fakhrul Razi Awang, 24, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, kata Pegawai Penguat kuasa Tadbir Trafik Pahang, Asisten Superitendan Zainalabidin Othman. 

Kejadian berlaku jam 10 pagi ketika mangsa yang memandu bersendirian dalam perjalanan dari arah Kemaman menuju ke Kuantan, katanya di sini.

"Sampai di tempat kejadian, dipercayai sebuah kereta yang datang dari arah Kuantan menuju ke Kemaman memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dipandu mangsa.

"Pada masa yang sama, sebuah kereta lain merempuh bahagian belakang kereta mangsa," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment