My Add

Thursday 11 October 2012

Lelongan kuda acara menarik Pesta Konvokesyen UPM

KUALA LUMPUR, RABU, 10 Oktober, 2012: Acara lelongan kuda dijangka bakal menjadi tarikan pengunjung ke Ekspo Pertanian dan Pesta Konvensyen Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 2012 yang akan berlangsung dari Khamis ini hingga 16 Oktober.

UPM dalam kenyataan akhbar di sini hari ini berkata, sebanyak tiga ekor kuda baka Arab dan Mangalarga milik Taman Pertanian UPM akan dilelong dengan harga permulaan minimum RM2,500.

Lelongan tersebut boleh dibuat dengan menggunakan borang sebut harga yang akan diedar di tapak ekspo mulai Jumaat ini atau menghubungi Azmi Ahmad Yusoff di talian 03-8946 7289.

Pengunjung yang melawat pameran ternakan di ekspo itu juga boleh membeli daging dan susu lembu UPM selain pameran ternakan dan akuakultur seperti lembu tenusu dan pedaging, kambing, rusa, burung puyuh, kuda serta peralatan ternakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment