My Add

Thursday 11 October 2012

7,000 kunjungi hari pertama Halfest 2012

KUALA LUMPUR, RABU, 10 Oktober, 2012: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri pada hari pertama pameran halal terbesar, Halal Fiesta Malaysia (Halfest 2012) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengunjung berminat untuk mencari peluang perniagaan, membuka francais selain meninjau produk-produk halal tempatan.

Seorang pengunjung yang ditemui, Mohd. Maliki Kamarulzaman, 25, berkata, ini merupakan kali kedua dia mengunjungi pameran tersebut.

"Tujuan saya ke sini ingin mencari peluang-peluang perniagaan. Saya ada syarikat perniagaan makanan dan minuman," katanya.

Menurut Mohd. Maliki, dia mencari pengedar di pameran tersebut untuk mengedarkan produk-produk syarikatnya ke seluruh negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment