My Add

Sunday 7 October 2012

Malaysia-Indonesia tidak wajar biarkan sentimen ekstrem jejas hubungan

PUTRAJAYA, AHAD, 07 Oktober, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Malaysia dan Indonesia tidak seharusnya membiarkan sentimen ekstrem menguasai keadaan berikutan wujudnya isu-isu sensasi sehingga menjejaskan hubungan dua hala kedua buah negara.

Sebaliknya, Muhyiddin mahukan hubungan Malaysia dan Indonesia dilihat dalam konteks yang lebih besar kerana banyak bidang kerjasama yang boleh diterokai oleh kedua-dua negara untuk mewujudkan kemakmuran bersama.

Beliau berkata, sinergi antara kedua-dua negara yang sedia wujud lebih 55 tahun dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan hubungan kerjasama ke tahap yang lebih tinggi.

"Seringkali Malaysia dijadikan "punching bag" oleh pihak-pihak tertentu terutama apabila wujudnya isu-isu sensasi yang disiarkan di media massa.

Isu terbabit seringkali digembar-gemburkan tanpa terlebih dahulu membuat sebarang usul periksa mengenai fakta sebenar.

"Malah isu-isu ini dijadikan sumber oleh pihak-pihak tertentu untuk memperlekehkan dasar kerajaan dan akibatnya menjejaskan hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara," katanya pada Kolokium ke-5 Hubungan Strategik Dua Hala Malaysia-Indonesia di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment