My Add

Wednesday 17 October 2012

Malaysia mahu anggota ACD bekerjsama pastikan jaminan makanan

BANDARAYA KUWAIT, RABU, 17 Oktober, 2012: Malaysia menggesa 32 anggota Dialog Kerjasama Asia (ACD) untuk mengkaji amalan terbaik yang terdapat di setiap negara anggota untuk memastikan jaminan makanan dan pembasmian kemiskinan.

Semasa membuat gesaan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebagai contoh, Pusat Transformasi Luar Bandar yang diwujudkan di Malaysia bertindak sebagai pusat pengumpulan untuk petani membawa hasil tanaman mereka supaya mereka mendapat harga lebih baik.

"Ia satu formula menang-menang dan sehubungan itu ACD patut menyertai lain-lainnya untuk mempermudahkan rangkaian bekalan global serta melabur dalam infrastruktur logistik domestik," katanya dalam ucapan pada Sidang Kemuncak ACD selama dua hari di sini.

Sebanyak 32 negara mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak itu yang dirasmikan Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, semalam.

Muhyiddin berkata dalam menangani cabaran jaminan makanan, bukan sahaja pengeluaran makanan perlu dipertingkatkan tetapi juga perlu memastikan petani mendapat pulangan yang adil terhadap titik peluh mereka kerana sering kali, harga ladang tidak mampu menampung untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment