My Add

Saturday 6 October 2012

Malaysia menuju ke arah demokrasi lebih matang: Najib

KUALA LUMPUR, SABTU, 06 0ktober, 2012: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia sedang menuju ke arah pengamalan demokrasi yang lebih matang dan bertenaga dengan kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi membenarkan rakyat menggunakan hak asasi mereka dalam konteks perundangan negara.

Menjawab berapa siri bantahan terhadap kerajaan dan penurunan penarafan populariti beliau dan keanggotaan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak beza daripada negara-negara lain.

"Anda tahu, demokrasi turut berlaku di Amerika, Eropah, Jepun, Korea, walaupun di Hong Kong. Adakah is sesuatu yang luar biasa?. Ia bukan.

"Pada hakikatnya, transformasi politik adalah sebahagian daripada janji saya kepada rakyat bahawa kita sedang bergerak ke arah demokrasi yang lebih matang dan bertenaga," katanya.

Najib berkata demikian dalam temu bual program 'CNBC Conversation' selama 30 minit yang dihoskan oleh pengacara terkenal Martin Soong yang disiarkan menerusi Astro CNBC (Saluran 518) hari ini.

Perdana Menteri memetik penggantian Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) 1960 dengan Akta Perhimpunan Aman sebagai salah satu langkah kerajaan untuk menyatakan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai hak untuk meluangkan pendapat masing-masing.

"Ia adalah hak anda, hak asasi anda untuk memprotes dan kita tidak akan menghalang tetapi melakukannya dengan cara yang aman dan saya fikir bahawa ini adalah sihat," katanya. 

Najib berkata, beliau tidak menganggap untuk bertindak balas kepada pendapat awam secara lantang tetapi menegaskan kerajaan ada mendengar apa yang dibantah oleh rakyat dan cuba menangani alasan-alasan yang munasabah.

Ditanya oleh pengacara sama ada kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu dalam kalangan rakyat adalah munasabah, Najib menjawab: " Ada beberapa perkara yang munasabah.'

Beliau memetik isu Lynas dengan menyatakan banyak perkara dibangkitkan mengenai soal keselamatan rakyat tetapi beberapa daripadanya tidak berdasarkan kepada fakta.

"Jadi kita berusaha sedaya upaya termasuk melakukan usaha tambahan bagi betul-betul memastikan bahawa loji itu selamat untuk rakyat. Kita tidak pernah lakukan sebanyak apa yang kita lakukan dalam kes Lynas dan kami berpuas hati," katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata, demokrasi sentiasa mempunyai kekurangan dengan pembangkang cuba memutarbelitkan isu-isu dengan cara yang negatif.

Namun, ia adalah demokrasi. Anda hanya perlu menanganinya. Saya tidak salahkan mereka (pembangkang) kerana ia adalah adat permainan (dalam sistem demokrasi)," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment