My Add

Monday 15 October 2012

Malaysia sambut Aidiladha 26 Oktober

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober 2012.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat 26 Oktober 2012," katanya dalam kenyataan di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment