My Add

Saturday 20 October 2012

Malaysia tidak campur hal ehwal dalaman Syria

SEPANG, JUMAAT,19 Oktober, 2012: Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) tidak mempunyai sebarang niat untuk mencampuri hal ehwal dalaman negara yang sedang bergolak itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, misi tersebut dibuat atas dasar keprihatinan negara terhadap nasib rakyat Syria yang sedang berhadapan dengan situasi buruk akibat perang saudara selama 19 bulan.

"Ini bukan satu bentuk campur tangan negara kita terhadap hal ehwal dalaman Syria tetapi semata-mata atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan kerajaan Malaysia kepada penduduk di sana yang sedang mengalami pergolakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum melepaskan kumpulan pertama misi tersebut yang diketuai Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bersama 23 peserta misi itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment