My Add

Saturday 13 October 2012

Mansor digesa letak jawatan

PULAU PINANG, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman perlu meletak jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawabnya termasuk membela nasib orang Melayu di negeri itu.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah berkata, kegagalan Mansor itu bukan hanya dalam satu aspek sahaja tetapi meliputi keseluruhan kepentingan orang Melayu di negeri itu yang semakin terhimpit di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Antara masalah yang gagal diselesaikan oleh Mansor termasuklah keluhan penjaja Melayu di Padang Kota yang sering diganggu aktiviti perniagaan mereka oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang selain masalah perumahan yang gagal diselesaikan.

"Juga, walaupun memegang jawatan nombor dua dalam pentadbiran kerajaan negeri, Mansor tidak berani menegur Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam hal yang melibatkan kepentingan orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment