My Add

Saturday 13 October 2012

Nizar didesak jelas dakwaan

IPOH, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didesak tampil menjelaskan dakwaan salah guna kuasa membabitkan beliau ketika menjadi Menteri Besar pada 2008 seperti yang didedahkan sebuah blog semalam.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, Mohammad Nizar tidak wajar membuat penafian sahaja dan menuduhnya sebagai pembohongan sebaliknya perlu memberi penjelasan konkrit memandangkan dakwaan itu sangat serius.

‘‘Saya lihat pendedahan itu disertakan dengan dokumen yang ada di dalamnya tulisan serta tandatangan Mohammad Nizar sendiri. Melihat isi kandungan dan tatacaranya sahaja sudah nampak seolah-olah ada yang tidak kena.

‘‘Surat itu pula datang daripada pejabat beliau sendiri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang. Justeru, dalam hal ini saya fikir beliau perlu tampil memberi penjelasan bukan hanya membuat penafian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment