My Add

Thursday 18 October 2012

Masalah bina jalan luar bandar di Sarawak akan atasi

KUCHING, RABU, 17 Oktober, 2012: Keadaan tanah yang tidak sesuai dan kemampuan pemaju yang terhad merupakan antara punca projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar tertentu di negeri ini diklasifikasikan sebagai bermasalah oleh Laporan Ketua Audit Negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut mengakui ujian awal kesesuaian tanah di kawasan terbabit tidak dilakukan secara mendalam sebelum projek berkenaan dilaksanakan kerana kerajaan terpaksa mendahulukan keperluan penduduk setempat yang amat mendesak.

“Malah ia turut digunakan oleh kenderaan berat seperti lori balak dan ini menjejaskan jalan raya yang kita sediakan.

“Namun kementerian akan memperbaiki kemudahan jalan yang kita bina itu," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat GiatMara Stampin di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment