My Add

Thursday 18 October 2012

Sasar bantu 60,000 pelarian

KUALA LUMPUR, RABU, 17 Oktober, 2012: Kira-kira 60,000 pelarian dijangka mendapat manfaat menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di Jordan yang akan berlepas pada 19 Oktober hingga 31 Oktober ini.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, misi itu melibatkan 56 sukarelawan yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pasukan pendahulu yang akan berlepas pada 19 Oktober ini manakala pasukan susulan dijangka berlepas pada 22 Oktober ini.

“Kira-kira 300 tan barangan keperluan asas termasuk perubatan dan persekolahan akan diedar kepada 15,000 keluarga di enam kem pelarian termasuk dua kem yang masih belum dimaklumkan.

“Pasukan kami akan tinggal di kem Al-Mafraq dan bantuan akan disalurkan kepada empat kem utama iaitu Al-Zaatary dan Al-Zarqa di Jordan serta kem di Amman dan di Irbid," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment