My Add

Friday 26 October 2012

Masjid Al Hidayah Taman Melawati terima sumbangan RM540,000

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengotakan janji yang dibuat beliau beberapa bulan lalu untuk membantu Masjid Al Hidayah, Taman Melawati dengan menyampaikan sumbangan berjumlah RM540,000 kepada masjid berkenaan di sini, malam tadi.

Sumbangan disampaikan kepada pihak pengurusan masjid oleh Ketua UMNO Bahagian Gombak merangkap Pengerusi Barisan Nasional Gombak, Abdul Rahim Kamarudin, mewakili Muhyiddin.

"Beliau (Muhyiddin) singgah menunaikan solat selepas selesai aktiviti melawat kawasan dan ketika itu pengerusi masjid berjumpa beliau dan memohon supaya beliau membantu membiayai aspek pembangunan masjid.

"Secara spontan permintaan itu diluluskan,” kata Abdul Rahim kepada pemberita selepas menyampaikan replika cek tersebut kepada Pengerusi Masjid Al Hidayah, Sirol Aflah Hassan Basri.

Menurut Abdul Rahim, bantuan tersebut mencakupi sumbangan melalui Jabatan Perdana Menteri dan sumbangan peribadi Muhyiddin. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment