My Add

Tuesday 16 October 2012

MB Kedah ke mahkamah 23 Oktober

ALOR SETAR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Waris-waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah di sini memperoleh kebenaran bagi mendapatkan perintah komital terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak atas dakwaan menghina mahkamah.

Peguam mereka, Ameir Hassan berkata, perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, See Mee Chun pada 10 Oktober lalu.

Menurut beliau, perintah sama turut dikeluarkan terhadap Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar, Zaid Ahmad.

‘‘Perintah tersebut telah disampaikan kepada kedua-dua pihak pada 11 Oktober lalu dan permohonan tersebut akan didengar di mahkamah terbuka pada 23 Oktober ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di kediaman rasmi baginda di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment