My Add

Wednesday 3 October 2012

MBAS beri diskaun kompaun tempat letak kereta

ALOR SETAR, RABU, 03 Oktober, 2012:Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melancarkan kempen bayaran tempat letak kereta dengan memberi diskaun kepada pengguna yang menerima kompaun tempat letak kereta (TLK) dan notis peringatan di kawasan majlis bandar raya itu.

Datuk Bandarnya, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, kempen selama sebulan yang bermula Isnin lepas bertujuan bagi memberi peluang kepada pemilik kenderaan yang menerima kompaun TLK MBAS menjelaskan bayaran kompaun tersebut pada harga diskaun.

"Dalam tempoh kempen ini, kadar bayaran kompaun TLK sama ada yang semasa atau yang tertunggak telah ditetapkan kepada RM10 bagi setiap kompaun manakala bagi notis peringatan, bayaran kompaun telah ditetapkan kepada RM20,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Media bersama MBAS di Kelab Golf Diraja di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment