My Add

Wednesday 3 October 2012

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran

IPOH, RABU, 03 Oktober, 2012: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) rentung, manakala seorang lagi yang juga OKU cedera apabila sebuah kedai membaiki basikal musnah dalam kebakaran di Sungai Galah, Kampung Gajah, 75 km dari sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt. Mohd. Fakri Che Sulaiman berkata, mangsa yang juga pemilik kedai basikal, Lim Thian Wah, 61, ditemui rentung di bawah timbunan kedai itu manakala pekerjanya Chooi Che Lam, 47, yang sempat menyelamatkan diri mengalami kecederaan di badan.

Mayat Thian Wah dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dirawat di hospital yang sama, katanya ketika dihubungi hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment