My Add

Friday 5 October 2012

MBM anjur kursus transformasi sukarelawan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Bagi memberi pemahaman dan latihan kepada sukarelawan muda, Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Kursus Transformasi Sukarelawan.

MBM dalam satu kenyataan berkata, kursus itu akan diadakan di D’Puncak Bris Lake Resort, Sik, Kedah untuk Zon Utara yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Oktober ini.

Bagi Zon Tengah (19-21 Oktober), Zon Selatan (2-4 November) dan Zon Pantai Timur (16-18 November). Lokasinya akan dimaklumkan kelak.

Kenyataan itu juga menyebut, kursus itu akan memberi tumpuan kepada aspek perancangan program, komunikasi, keselamatan dan sebagainya supaya kegiatan yang dilakukan oleh sukarelawan memberi impak positif kepada masyarakat.

"MBM berpandangan sukarelawan perlu diberi latihan dan pemahaman secukupnya supaya sesuatu kegiatan itu tidak memudarat atau mengelirukan mana-mana pihak,” kata kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment