My Add

Friday 5 October 2012

Polis tahan 25 lelaki leka berjudi

KEPALA BATAS, JUMAAT, 05 0ktober, 2012:Polis menahan 25 orang lelaki termasuk seorang warga emas yang sedang asyik berjudi di sebuah bangsal di Kampung Setol, Pinang Tunggal di sini, malam kelmarin.

Serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, pada kira-kira 10 malam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Pulau Pinang, Supt. Mat Nasir Hussein berkata, 25 lelaki berusia antara 25 hingga 75 tahun ditahan dalam serbuan itu.

"Sebaik menyedari kehadiran polis, mereka cuba melarikan diri ke kawasan kebun kelapa sawit berhampiran sehingga ada yang cedera selepas terjatuh dan tercucuk duri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, bangsal tersebut dipercayai lokasi baharu kumpulan terbabit untuk berjudi kerana terletak di kawasan terpencil.

Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM22,050 termasuk wang pertaruhan daripada kesemua lelaki terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment