My Add

Wednesday 10 October 2012

Mekanik mengaku tidak bersalah lakukan rompakan bersenjata

BUTTERWORTH, RABU, 10 Oktober, 2012: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan menggunakan senjata api yang boleh mendatangkan kematian.

Tertuduh Fan Kok Long, 36, yang berasal dari Sekinchan, Selangor dituduh melakukan kesalahan itu di Taman Bayu Mutiara, Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah (SPT) pada jam 8 pagi, 24 Ogos lalu. 

Tertuduh dilaporkan merompak tiga orang mangsa terdiri daripada warga Nepal dan Bangladesh menggunakan sepucuk pistol jenis Walter P38 Cal 9mm.

Fan didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan tidak kurang enam sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah mengarahkan tertuduh ditahan di Penjara Pulau Pinang kerana kes itu tidak boleh dijamin.

Hakim Ikmal Hishan Ahmad Tajuddin menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan kimia dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi pemeriksaan ke atas pistol milik tertuduh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment