My Add

Wednesday 10 October 2012

Keputusan permohonan beku TOL Lynas pada 8 November ini

KUANTAN, RABU, 10 Oktober, 2012: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 8 November ini untuk keputusan permohonan pembekuan Lesen Operasi Sementara (TOL) kilang nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, dekat sini.

Hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan demikian atas alasan untuk meneliti secara terperinci tiga permohonan berkenaan TOL terbabit.

Permohonan itu membabitkan LAMP dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai defendan dan penduduk Kuantan sebagai plaintif.

"Selepas mendengar hujah daripada ketiga-tiga pihak, saya menetapkan 8 November ini sebagai tarikh keputusan plaintif," katanya di sini hari ini.

Penduduk Kuantan, yang diwakili Datuk Bastian Pius Vendargon, memohon supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP.

Sementara itu, pihak LAMP, yang diwakili oleh Tan Sri Cecil Abraham, memohon perubahan afidavit untuk menjadi defendan ketiga.

AELB dan MOSTI yang diwakili oleh Peguam Persekutuan Kanan, Datin Azizah Nawawi memohon supaya TOL tidak dibekukan dengan alasan penduduk Kuantan bakal dikenakan tindakan saman oleh LAMP. 

Dalam pada itu, kira-kira 100 penyokong penduduk Kuantan berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuantan seawal jam 7.30 pagi sambil memegang sepanduk masing-masing bagi menunggu keputusan permohonan berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment