My Add

Sunday 21 October 2012

Melayu sudah muak dengan DAP, kata Najib

KUALA LUMPUR, AHAD, 21 Oktober, 2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata orang Melayu sudah muak dengan DAP, mencabar parti pembangkang itu yang mendakwa sebagai parti pelbagai kaum untuk bertanding di kawasan Melayu.

"Jika DAP sebuah parti pelbagai kaum, saya cabar mereka bertanding di kawasan Melayu. Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP...semuanya karut," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di sini hari ini.

Antara yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, dua Naib Presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib juga bersetuju dengan Presiden MCA bahawa pemimpin-pemimpin DAP kononnya mengutamakan pelbagai kaum tetapi pada hakikatnya tidak begitu.

"Bersikap demokratik...adakah mereka lebih demokratik daripada kami (BN).

Jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (bekasl naib pengerusi DAP kebangsaan Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda," kata Najib sambil menegaskan mesej BN ialah perubahan sebenar dan kemajuan pesat sedang berlaku di Malaysia.

"Reformasi hanya sekadar satu slogan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment