My Add

Sunday 7 October 2012

Menteri Luar Thailand lakukan lawatan rasmi ke Malaysia

PUTRAJAYA, AHAD, 07 Oktober, 2012: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari Thailand, Dr Surapong Tovichakchaikul yang melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia mulai hari ini.

Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan berkata Dr Surapong, sebagai menteri hal ehwal luar, juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Menurut kenyataan itu, lawatan berkenaan akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak membincangkan usaha berterusan dan inisiatif baru bagi mengukuhkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin serta kerjasama di antara kedua buah negara yang berjiran itu.

"Malaysia dengan Thailand telahpun mempunyai beberapa mekanisme kerjasama dua hala peringkat tertinggi seperti Perundingan Tahunan Pemimpin, Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala, Jawatankuasa bagi Strategi Pembangunan Bersama bagi kawasan Sempadan, Jawatankuasa Am Sempadan dan Jawatankuasa Bersama Perdagangan," kata kenyataan itu.

Kedua-dua negara sedang meningkatkan usaha bagi memantapkan lagi kerjasama yang saling bermanfaat bagi kedua belah pihak dan di pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, keselamatan, pendidikan dan latihan vokasional, belia dan sukan, pelancongan, kesalinghubungan serta pembangunan sosio ekonomi di kawasan sempadan.

Perdagangan dua hala terus menerus mencatat trend peningkatan dengan dagangan pada 2011 bernilai AS$22.95 bilion. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment