My Add

Sunday 7 October 2012

Usaha banteras rasuah tunjuk hasil positif: Muhyiddin

 KUALA LUMPUR, AHAD, 07 Oktober, 2012: Inisiatif utama dilaksanakan Malaysia bagi membanteras rasuah menunjukkan hasil positif dan ketara selain berkesan memenangi hati dan fikiran rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, tinjauan Transparency International pada 2011 menunjukan bahawa 49 peratus daripada rakyat Malaysia berpendapat usaha kerajaan memerangi rasuah adalah berkesan, berbanding hanya 29 peratus pada 2009. 

"Saya yakin, jika diberikan masa, Malaysia akan berjaya dalam perang menentang rasuah, dan menambah baik persepsi awam terhadap usaha kerajaan mencegah rasuah," katanya semasa berucap pada penutupan Mesyuarat Agung dan Persidangan Persatuan Pihak Berkuasa Anti-rasuah Antarabangsa (IAACA) ke-6 di sini hari ini.

Antara inisiatif dan perubahan diperkenalkan kerajaan ialah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, mahkamah khas rasuah, pelaksanaan Integrity Pact, ikrar Integriti Korporat dan pangkalan data 'Name and Shame'.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Presiden IAACA Prof Cao Jianming, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohammed. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment