My Add

Sunday 14 October 2012

Militan Filipina terancam

MANILA, SABTU, 13 Oktober, 2012: Perjanjian damai antara kerajaan dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang dicapai awal minggu ini, dilihat memberi tamparan hebat kepada kumpulan militan di negara ini.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin berkata, perjanjian damai awal tersebut diharap akan 'mengubah' kumpulan pemisah yang mempunyai kekuatan 11,000 orang itu, kepada pasukan menggerunkan dalam membantu menumpaskan saki-baki kumpulan militan Abu Sayyaf.

Beliau berkata, keadaan itu juga akan membantu Filipina menggempur beberapa anggota militan dari Indonesia dan Malaysia yang masih bersembunyi di wilayah Mindanao, selatan negara ini.

"Kita boleh berperang dengan bantuan MILF. Keadaan ini boleh meminggirkan kumpulan seperti Abu Sayyaf,'' kata Gazmin.

Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia memuji perjanjian tersebut yang diumumkan oleh Presiden, Benigno Aquino III pada 7 Oktober lalu. - Agensi

No comments:

Post a Comment