My Add

Wednesday 10 October 2012

MITI kaji perkenal program mentor PKS

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Oktober, 2012: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mengkaji untuk memperkenalkan program mentor kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, program tersebut akan melibatkan PKS mendapatkan bimbingan daripada syarikat-syarikat yang telah berjaya.

“Sebagai contoh Datuk Ameer Ali Mydin yang membangunkan Mydin Holdings Sdn. Bhd. dan Datuk Maznah Abdul Hamid dengan syarikat Securiforce Group of Companies tanpa mengharapkan bantuan kerajaan.

“PKS juga perlu berdikari dalam memastikan kejayaan syarikat dan tanpa terlalu mengharapkan bantuan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutup program SME-University Internship 2012 Championship di sini hari ini. = UTUSAN

No comments:

Post a Comment